SEJARAH SEKOLAH 校史

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
KOD SEKOLAH: ABC 5094
GRED SEKOLAH: A
SESI: PAGI SAHAJA
JENIS BANTUAN: SEKOLAH KERAJAAN
PERINGKAT SEK: PRASEKOLAH DAN RENDAH
LOKASI: LUAR BANDAR
NO.TEL: +605-6480848 begin_of_the_skype_highlighting            +605-6480848      end_of_the_skype_highlighting
NO.FAKS: +605-6480558 begin_of_the_skype_highlighting            +605-6480558      end_of_the_skype_highlighting
EMAIL: sinmin_sgtiang@yahoo.com   

SEJARAH SEKOLAH
Pada awal tahun tiga puluhan, Kampung Sungai Tiang masih tiada sebarang sekolah. Ketika itu beberapa orang penduduk tempatan iaitu Encik Lim Geok Toh, Encik Tan Chui Heong, Encik Tan Teik Seng, Encik Kua Poh Boon, Encik Tan Chooi Teik, Encik Tan Chooi Hoon dan Encik Lian Tui berpendapat bahawa sebuah sekolah patut ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak tempatan supaya mereka tidak menjadi buta huruf kelak. Oleh kerana pendapat mereka itu disambut dengan sebulat suara oleh penduduk Kaum Cina Kampung Sungai Tiang, maka lahirlah seklah ‘Sin Min’ pada 29hb. Mac, 1931.
          Pada peringkat permulaan, sekolah ini cuma mempunyai lebih kurang 30 orang murid sahaja dan segala perbelanjaan mengurus ditanggang oleh seluruh penduduk Kaum Cina Kampung Sungai Tiang. Bilangan murid bertambah tahun demi tahun dan pada tahun 1941, iaitu sebelum Peperangan Dunia Yang Kedua merebak ke Malaya, ia telah menigkat sehingga lebih kurang 70 orang. Sekolah ini ditutup pada masa pemerintahan Jepun di Malaya. Pada tahun 1947, dibawah usaha dan dorongan Encik Tan Hong Khor, Enci Kek Chan Aun, Encik Cheah Tee Tu, Encik Tan Choon Hock dan Encik Choeng Gim Ho, sekolah dapat dibuka semula.
          Dari tahun 1931 hingga 1950, Sekolah Sin Min tiada bangunan sendiri dan cuma bertumpang di rumah kediaman orang dan kadangkala di kedai perniagaan, mengikut keperluan situasi dari masa ke semasa. Pada tahun 1951, Pengerusi Lembaga Pengurus, iaitu Encik Tan Hong Khor bercadang supaya bangunan sekolah dibina untuk Sekolah Sin Min. Cadangannya diterima dengan sebulat suara oleh kesemua ahli-ahli Lembaga Pengurus. Oleh yang demikian, maka suatu kempen kutipan derma daripada orang ramai pun telah dilancarkan. Hasil daripada kempen tersebut, sebuah bangunan jenis sementara yang diperbuat daripada papan dan atap dapat didirikan di atas sebidang Tanah Simpanan Melayu dengan tanpa sebarang bayaran sewa tanah. Bangunan itu mengadungi 4 buah bilik darjah, 4 unit bilik kediaman guru, sebuah pejabat dan sebuah dapur. Pada awal tahun 1952, Sekolah Sin Min barulah berpindah masuk ke bangunan sendiri. Pada tahun itu, Encik Seow Peck Meng telah dilantik sebagai Guru Besar dan bilangan murid pada ketika itu telah meningkat hingga 100 orang.
       Pada tahu 1954, Encik Seow Peck Meng meletakkan jawatan dan Encik Tan Chiew Ling dilantik sebagai Guru Besar.
        Sejak tahun 1952, banci murid meningkat tahun demi tahun dan pada tahun 1957, ia telah meningkat hingga 200 orang. Peningkatan banci murid itu telah mengakibatkan sekolah mengalami kekurangan bilik darjah dan juga bilik kediaman guru. Dengan usaha Lembaga Pengurus, maka 5 unit bilik kediaman guru telah dibina pada tahun 1957 dan setahun kemudian, iaitu pada tahun 1958, 3 buah bilik darjah dan sebuah setor telah dibina di atas tapak tambahan dimana pihak sekolah dikenakan bayaran sewa tanah sebanyak $14.00 sebulan.
          Pada tahun 1958, Encik Tan Chiew Ling meletakkan jawatan dan Encik Dea Hing Wong telah dilantik sebagai Guru Besar. Mulai tahun ini juga nama sekolah ditukarkan dari ‘Sin Min’ kepada ‘Sin Min Standard Type Primary Chinese School’.
        Pada tahun 1962, sekolah ini telah menerima bantuan sebanyak $3,000.00 daripada Lembaga Loteri Perkhidmatan Masyarakat dan Kebajikan dan dengan wang bantuan itu maka pagar sekolah telah dibuat. Mulai tahun ini juga kerajaan memberi bantuan penuh kepada sekolah ini dan nama sekolah pun ditukar sekali lagi kepada ‘Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Min’.
        Pada tahun 1965, banci murid telah meningkat hingga 250 orang dan masalah kekurangan bilik darjah tertimbul lagi. Oleh yang demikian, Lembaga Pengurus telah berusaha sekali lagi untuk membina sebuah bilik darjah tambahan. Mulai tahun 1965, sekolah ini melaksanakan 5 hari persekolahan seminggu setelah kebenaran diberi oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Lembaga Pengurus Sekolah.
          Pada tahun 1968, 7 buah tandas system curah telah dibina oleh Jabatan Pelajaran Perak untuk kegunaan sekolah ini dan disamping itu bumbung aatgap sekolah digantikan dengan bumbung asbestos.
          Pada bulan Februari, 1978 sebuah bilik darjah telah runtuh dan 3 buah lagi menjadi condong akibat tiupan angin kencang. Mujurlah bencana ini berlaku pada Hari Ahad dan tidak melibatkan kehilangan nyawa. Setelah bencana ini dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Perak, maka 3 buah bilik darjah yang condong itu telah diperbaiki.
         Pada 2 hb. Julai, 1978 Guru Besar Encik Dea Hing Wong bersara setelah berkhidmat selama 20 tahun di sekolah ini dan kekosongan yang ditinggalkan itu telah diisi oleh Encik Lim Seng Lee mulai dari tarikh tersebut.
         Sejak tahun 1978, banc murid sekolah ini sentiasa berada diatas paras 400. Oleh yang demikian, pada tahun 1983, sekolah ini dinaikkan grednya daripada sekolah rendah Gred ‘C’ kepada Gred ‘B’.
30hb. April,1985

校史

在三十年代初,双怡杖尚无学校之设立。当时,陈秋香,陈玉兔,陈德胜,赖簿文,连槌,陈水德及陈武贤等君认为需设立一间学校,以教育村里的儿童,免得他日沦为文盲,这建议获得全体华裔村民的支持。于是,新民学校遂于一九三一年三月二十九日诞生了。
     本校创办初期,学生值得三十名许,一切行政开销,全由村里华裔居民共同承担,随后学生人数逐年增加,至一九四一年,已增至七十名许。在日军占领马来亚期 间,本校被迫停办。 战后,陈方可,郭赞安,谢池兹,陈春福,章锦和及陈武贤等君起来发起复办。在他们的努力下,本校终于于一九四七年重新开课。
     由一九三一年至一九五零年,本校无自己的校舍,只是借用村里的私人屋宇或店屋上课,且随环境的改变,一再迁移。一九五一年,董事会主席陈方可君建议兴建自己 的校舍,获得全体董事一致通过。于是董事会遂展开捐款运动,筹募建校基金。结果,一座以亚答为顶,木板为墙,拥有四间客室,一间办公室,四间教员宿舍及一 间厨房之临时性建筑物,终于一九五一年底落成。该新校舍是建在一块由陈方可君捐献的土地上,面积约依格许。为该地段是“红芽兰”之马来保留地,因此,当时 并无办理割名手续。
     一九五二年初,学生逐搬入新校舍上课,当时学生人数已增至约百名,校长为萧碧明君。一九五四年,萧碧名校长辞职,陈秋霖接长校政。
     一九五七年,学生人数已增至二百名许,原有的课室及教员宿舍已不敷应用。在董事会的筹划下,增建了五间教员宿舍。次年,再增建了三间课室及一间储藏室,新课室是建在与旧课室毗邻之租借地上,学校每月需纳地租十四元正。 
        一九五八年,陈秋霖校长辞职,由池兴旺君接任长校。同年,学校改名为“新民标准型华文小学校”。 
         一九六二年,社会福利彩票局捐助本校三千元正,围筑篱笆。同年,本校接受政府全部津贴,校名遂改为“新民国民型华文小学”。 
         一九六五年,学生人数增至二百五十名许,可是再次不敷应用,董事会遂建课室一间。同年,本校实行五日制。 
         一九六八年,教育局为本校建筑七个单位的冲水式厕所,同时,将校舍的亚答屋顶改为石棉瓦。 
         一九七八年二月间,本校受龙卷风侵袭,结果,一间于一九六五年兴建之课室被吹塌,另一派于一九五八年兴建之三间课室则被吹成倾斜。幸好该场天灾是发生在星 期日,因此没造成生命的损失。在呈报教育当局后,三间倾斜的课室,有公共工程局扶正修理。同年十一月间,一排一九五一年落成之课室,亦获教育局拨款,通过 公共工程局加以修理及髹 漆。 
        一九七八年七月二日,池兴旺校长荣休,其空缺由教育局委派林胜利君接长。 
        一 九七九年,本校成立 – 以曾焕顺君为首的筹募发展基金工委会,主办歌唱晚会,筹募发展基金,获得全体村民记下霹雳区人心人士之鼎力响应,共筹或九万余元之发展基金。同年十一月 间,本校重铺士敏土篮球场,装置成人与小童两用篮球架,并为球场安置灯光。全部工程共九千余元,其中四千元来自乡村发展部,余者有发展基金支付。 
       一九七九年,本校因校地主权产生法律争执,共有两造人士宣称为土地之拥有者,而根据下霹雳土地局之记录地主却是马来人,为了一劳永逸的解决校地问题,本校将致函州教育局,请求代为申请一块新校地,同时,本校亦由州教育局申请于第四大马计划下重建。 
      一九八二年七月,本校课室因是临时性之建筑物,且年代已古老,安全程度令人担忧,因此再次获得教育局拨款修理。九月,本校通过教育局所申请的新校地,计八一吉半,在多方面人士之协助下,终获霹雳州行政议会批准。十二月,本校利用发展基金,添置3M课室家具,并为全校可是装置天花板。
      一九八三年,本校开始实施3M制。时因学生人数已超越四百名,学校遂获得升型为“B”型小学。
一九八五年四月三十日
资料来源:
1. 19511958董事会会议记录
2. 学校档案
3. 陈武贤先生
30hb. April,1985



一九九四年七月二十日新民华小开赞助人大会。议决通过一致同意放弃“新民”二字,一劳永逸解决新校问题。 当年教育部要我们同意放弃“新民”方可转换全津贴学校。
一九九四年七月二十五日由当时家协主席王雅霖代表新民华小移交备忘录给马华眼拿督区会主席陈逸发,由他代转教育局。
经过几位本区国会议员的协助都徒劳无功。最终由阿末查希国会议员当上本区国会议员大力帮助,才算大功告成。2000年完成为了当年毕业生高兴,提早启用。毕业生两间学校毕业。
我们也庆幸得到全津贴学校的发展,也保留新民二字。旧校地问题也因地租董事部根地主闹上法庭。 中央政府才向政府购地迁校。争取建新校拖了整五年的时间。
1996年下标承建。
1997年开始动工兴建。
2000年新校舍竣工。为了让当年毕业生高兴能在新校毕业,家协总动员协助清洗校舍。


资料来源:
1.董事长王雅霖
25hb.August, 2011